0 Items in your cart – View Cart

Welcome Guest. Register to sign in

Sign In New User Forgot Password

Koleksi Tadika

Quantity 
Price : RM  20

Ditulis berdasarkan keperluan kursusu yang ditawarkan di IPG dan universiti tempatan khusus untuk pendidikan prasekolah. Menghuraikan teori pembelajaran dan contoh rancangan pengajaran sebagai panduan untuk guru prasekolah. Turut menyediakan contoh-contoh aktiviti yang dapat diaplikasikan oleh guru bersama komuniti dan masyarakat setempat.

Prakata vii


Bahagian 1
Bab 1 Apa Itu Komuniti 3
Bab 2 Jenis-Jenis Komuniti 7
Bab 3 Peranan Komuniti 12
Bab 4 Faedah Melibatkan Komuniti 16
Bab 5 Penglibatan Keluarga 19


Bahagian 2
Komuniti 1 Jabatan Alam Sekitar 27
Komuniti 2 Jabatan Kesihatan 35
Komuniti 3 Persatuan MIC 42
Komuniti 4 Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan
Kampung (JKKK) 47
Komuniti 5 Jabatan Bomba dan Penyelamat 51
Komuniti 6 Polis Diraja Malaysia 56
Komuniti 7 Pos Malaysia Berhad 64
Komuniti 8 Jabatan Kewangan 68
Komuniti 9 Telekom Malaysia Berhad 75
Komuniti 10 Persatuan Belia 80


Bahagian 3 

Aktiviti 1 Mari Bercerita 87
Aktiviti 2 Mari Membilang 93
Aktiviti 3 Penglibatan Keluarga 102
Aktiviti 4 Rumah Impian 109
Aktiviti 5 Majlis Hari Lahir 114
Aktiviti 6 Mari Bermain 123
Aktiviti 7 Hari Ibu 128
Aktiviti 8 Buah-buahan 137
Aktiviti 9 Kembara Merdeka 146
Aktiviti 10 Majlis Hari Jadi 157
Rujukan 161
Indeks 165

Faedah Melibatkan
Komuniti

Faedah Melibatkan Komuniti dalam P & P


Faedah kepada murid-murid

1. Memberi peluang kepada murid-murid melihat peranan komuniti.
Murid-murid berpeluang melihat peranan komuniti dengan
lebih dekat apabila prasekolah sering mengadakan pelbagai
aktiviti dengan komuniti. Aktiviti yang melibatkan
peranan komuniti adalah seperti Jabatan Penerangan yang
menyebarkan maklumat kepada masyarakat serta muridmurid
melalui filem-filem dokumentari dan pameranpameran
serta risalah-risalah bagi tajuk-tajuk tertentu.

Sebagai contoh Jabatan Penerangan mengadakan kempen
anti dadah melalui gambar-gambar dan tayangan video
mengenai bahayanya penyalahgunaan dadah. Program
seumpama ini boleh dijalankan pada hari terbuka di
sekolah seperti Hari Kokurikulum.

2. Memberi peluang kepada murid-murid memperoleh
pelbagai pengetahuan dan pengalaman.
Penglibatan komuniti dengan prasekolah memberi peluang
kepada murid-murid mempelbagaikan pengetahuan
serta pengalaman mereka. Salah satu agensi kerajaan
yang merealisasikan hasrat ini adalah perkhidmatan
perpustakaan. Sebagai contoh khidmat perpustakaan yang
selalu diadakan dengan prasekolah adalah perkhidmatan
perpustakaan bergerak.

Perkhidmatan perpustakaan menyediakan pelbagai jenis
bahan bacaan di dalam bas bagi murid-murid meneroka
serta memupuk minat membaca dalam kalangan mereka.
Selain itu, perkhidmatan perpustakaan yang ditubuhkan
di bandar dan luar bandar banyak memberi kemudahan
bahan bacaan yang bermutu dan terkini kepada muridmurid
prasekolah.

3. Murid-murid mendapat lebih perhatian.
Murid-murid adalah insan yang perlu dihargai dan mendapat
perhatian yang lebih dalam proses perkembangan
mereka. Seharusnya, setiap aktiviti yang dijalankan
oleh guru membolehkan murid-murid merasa senang,
riang dan mendapat perhatian apabila bersama dengan
komuniti.

Memandangkan murid-murid adalah pelajar yang aktif,
guru perlu merancang aktiviti bersama-sama dengan
komuniti yang boleh menimbulkan rasa senang dan riang.
Hal ini kerana pembelajaran yang menggembirakan berkesan
pada proses perkembangan murid-murid.
Sebagai contoh lawatan ke pusat perindustrian seperti
kilang membuat kertas. Lawatan ini mendedahkan muridmurid
kepada persekitaran pekerjaan di tempat perindustrian
dan proses penghasilan kertas.

Faedah kepada guru
1. Guru dapat membentuk perhubungan yang mesra
dengan komuniti.
Perhubungan yang mesra dengan komuniti dapat dibentuk
apabila adanya hubungan dua hala antara guru
dan komuniti. Perhubungan dua hala ini dapat diwujudkan
melalui program seperti mengadakan majlis keagamaan.
Jawatankuasa masjid misalnya boleh dijemput oleh
guru ke prasekolah bagi mengajar tentang wuduk ataupun
menceritakan kisah-kisah Nabi. Sedikit sebanyak
aktiviti seperti ini membolehkan guru dan murid-murid
prasekolah terlibat sama dalam aktiviti yang dianjurkan.

2. Komuniti dapat memberi bantuan kepada guru.
Guru mendapat sokongan dan bantuan daripada komuniti
bagi menjalankan aktiviti yang dirancang terutamanya
yang melibatkan tenaga serta bantuan kewangan.
Contohnya guru boleh memohon bantuan dari wakil
rakyat ataupun orang kaya setempat. Bantuan kewangan
ini boleh dimohon apabila guru prasekolah hendak mengadakan
aktiviti seperti lawatan sambil belajar melalui
prosedur tertentu terutamanya melalui surat yang dihantar
secara rasmi.

3. Guru berpeluang memperoleh cadangan dan pendapat
daripada komuniti.
Pendapat daripada komuniti seperti Pusat Kesihatan mengenai
pemakanan murid-murid prasekolah berguna
kepada guru. Pusat kesihatan dapat membantsu guru
dalam penyediaan menu makanan seimbang yang sesuai
dengan tahap perkembangan, tumbesaran dan umur
kanak- kanak. Pemakanan yang berkhasiat dapat menjana
tenaga secukupnya bagi proses pembelajaran murid-murid
serta menjamin kesihatan dan kecergasan mereka. Hal ini
kerana keperluan pemakanan kanak-kanak tidak sama
dengan orang dewasa.

Product Review — Total Rating

ALL_RATING

Product Images

Koleksi Tadika click to enlarge

Related Products